Sunday, October 4, 2015



KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1]apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkanKesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.





                                 
 PERKEMBANGAN MELAKA


Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu





PARAMESWARA

Parameswara (1344-1414) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. Apabila memeluk Islam Raja Iskandar Shah merupakan nama Islam Parameswara walaupun sekarang ini ada sejarawan yang mempertikaikan kesahihan pernyataan ini. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.


Mendirikan Kesultanan Melaka

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan negeri barunya di suatu kawasan bernama Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya. Selepas itu, baginda memilih Kota Buruk untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya disana. Kemudian baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka), dan disitu telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan dari puak kaum Seletar. Orang laut disitu memintanya untuk menjadi Raja bagi mereka. Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.



Saturday, October 3, 2015

KEJAYAAN MELAKA




Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.









Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.





SULTAN MUZAFFAR SYAH





 Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa,Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.



PENGAJARAN

sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat awal dan perkembangannya. Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman. Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah,  Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.

KESAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA

sejarah awal tanah melayu penting sebagai pusaka bangsa bangsa kerana ia memaparkan sejarah silam dan tamadun tanah melayu zaman awal. Sejarah awal tanah melayu ini sangat berperanan bagi menerangkan bahawa penduduk asal tanah mealyu ialah orang melayu. Tanah melayu merupakan sebuah negara yang berdaulat yang mempunyai pemerintah dan sistem pemerintahan tersendiri. Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang kuat dan disegani oleh lawan dan kawan. Agama islan telah diterima oleh penduduk Tanah Melayu seawal abad ke-14. Bahasa melayu ialah Bahasa yang terkenal pada ini sehingga menjadi lingua franca di Asia Tenggara.  


KESIMPULAN

Generai masa ini perlu mengkaji cara masyarakat pada masa tersebut mengadapsi diri mereka dengan alam persekitaran. Walaupun ada ciptaan teknologi, alam sekitar tetap terpelihara. Generasi baru perlu mengkaji cara manusia pada zaman tersebut dapat mencipta sesuatu teknologi yang boleh bertahan lama sehingga boleh dilihat oleh generasi pada zaman sekarang. Sebagai warganegara Malaysia, setiap individu perlu mengetahui asal usul bangsanya sendiri. Dengan adanya pengetahuan ilmu ini, maka akan melahirkan warganegara yang sayang akan negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di negara orang. Generasi baru perlu menjadikan peristiwa penjajahan di tanah melayu sebagai ikhtibar agar sentiasa mengisi kemerdekaan yang dikecapi dengan melakukan sesuatu yang akan menaikkan nama negara di mata dunia dan pada masa yang sama memastikan kedaulatan negara sentiasa tertpelihara. 


RUJUKAN:

i) BUKU PENGAJIAN MALAYSIA (EDISI KELIMA)
ii)  wikipedia
iii) https://dusunraja.wordpress.com/tag/gambar-sultan-muzaffar-shah-melaka/
iv) https://www.youtube.com/watch?v=qRQ--1hcnWQ
v) https://www.youtube.com/watch?v=jkyTo0XfQs4



PN. ASMAH BINTI MOHD SUBARI@SARMAN

AHLI-AHLI KUMPULAN SATU(1):

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MUHAMAD SOBRI
16DET15F1039
YUSRA AFZAN BIN YUSOF
16DET15F1028
MUHAMMAD FAISAL BIN MOHAMAD NAPIAH
16DET15F1012
MOHAMMAD ZULFAQAR BIN ROSLY
16DET15F1008